MU Makin Mantab

Tanpa kelibat Wayne Rooney, Gabriel Obertan tampil menjaringkan gol pada minit ke-76 membantu gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United menewaskan Philadelphia Union 1-0 dalam perlawanan pertunjukan di Lincoln Financial Field, kelmarin.

OBERTAN (kiri) menjaringkan gol kemenangan United dalam perlawanan pertunjukan bertemu Philadelphia Union di Lincoln Financial Field, kelmarin. 
Obertan menerima hantaran daripada Danny Welbeck dan menolak masuk menewaskan Brian Perk sekali gus menjadi satu-satunya gol dalam perlawanan depan 44,213 penonton.
United tidak menurunkan beberapa bintang dalam perlawanan menentang barisan bola sepak Liga Utama Utara Amerika itu. Mereka bermain tanpa Rooney dan Michael Carrick dalam perlawanan kedua jelajah Amerika Utara itu.

Pasukan Red Devils menang 3-1 ke atas Kelab Liga Perdana Scotland, Celtic FC dalam perlawanan pertama daripada empat perlawanan yang dijadualkan di Toronto, Jumaat lalu.

United akan menentang Kansas City Wizards, Ahad ini sebelum melengkapkan jelajah berkenaan menentang pasukan bintang MLS pada 28 Julai. - AFP [bharian]

0 komentar: